Oh Dunia...

Baru ku sedar luasnya SAUJANA alam ciptaan Allah ini.Dan diserikan lagi dengan hubungan IN-TEAM dan FITRAH MURNI yg baik di antara hidupan ciptaannya,seperti manusia yg saling NOWSEEHEART antara satu sama lain, xkira bangsa,agama, dan wrna kulit. Malah x mengira juga yang BROTHERS ataupn yg sisters.Lihatlah sendiri, bg2 UNIC nya ciptaan Allah ini dan x ada sesiapa pun yang dapat menandinginya. Jadi sama2lah kita menguatkan AEMAN kpd Allah SWT. Wallahualam...



PERHATIAN!!

Blog dibawh yg betajuk 60 thun ini jangan percaye sngat..
Ingat hari kiamat terletak ditangan tuhan iaitu Allah s.w.t
Tapi kita harus tau bahawa hari kiamat bila2 masa boleh terjadi..
Jadi kita harus sedar akan tingkah laku kita slama ini..
Maka Solat itu adalah tiang agama bagi smua umat di dunia ini..
Selain itu juga membaca alquran juga pnting bagi kita
supaya mendekatkan kita dengan allah s.w.t
Buat lah kebaikan dan tingalkan kejahatan..
Smoga kite semua terletak disyurga yang paling mulia sekali..
aminnn....

60 tahun

Assalamualaikum... Mesti korang tkejut kan..neway, just bace dulu n evaluate it later...Allah sahaja yang tahu kebenarannya.Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.] a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066 b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.... c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

P/s : mmmm kalu rajin pass la kat kawan2 korang erk.. sian kawan2 korang kalu tak tau ni...

Wallahua'lam..

Paku2 Paku2

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,
walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Maafkan saya sekiranya saya pernah
meninggalkan kesan berlubang di
dinding hati anda......SeLaMaT ArIe Raye 2007..:-)

BATU TERLEPAS DARI NERAKA

Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. “Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!” Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.

Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. “Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!”


Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan
Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia
Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah
Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat
Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan
Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi. Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah
batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal
Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah
Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.
MORAL & IKTIBAR

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN... UKHUWAH FILLAH


Kerap kali kita sering menyebut kata-kata ini di akhir pertemuan dengan SAHABAT-SAHABAT kita...namun..adakah kita betul-betul menghayati ape yang kita perkatakan itu...atau adakah ianya sekadar retorik semata-mata...kata penyedap telinga sahaja..

Kita menyatakan "UKHUWAH FILLAH"...tetapi adakah kita menolong sahabat kita ketika susah...atau adakah kita bersedia menjadi MENJADI PENDENGAR SETIA masalah sahabat kita itu...adakah begitu susah hannya untuk menjadi PENDENGAR SETIA ??walaupun kita tidak berupaya menyelesaikan masalah sahabat kita,namun cukuplah sekadar menjadi pendengar masalah yang baik..

Sahabat kita itu memerlukan SESEORANG untuk meluahkan perasaannya...tetapi akibat terlalu sibuk...kita kerap memberi alasan "Busylah,lainkalilah ye" ataupun "Nanti-nantilah,aku sibuk ni"..tahukah perkataan itu mungkin mengguris hati sahabat kita...pernakah kita terfikir...sahabat kita hannya meminta tidak sampai 10% masa kita dalam 24 jam untuk kita mendengar luahan mereka...

Oleh itu sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama menjadi pendengar yang baik...ianya mungkin dapat meredakan masalah sahabat kita itu...Janganlah kita hannya pandai mengungkapkan kata-kata manis sewaktu senang,tetapi di kala susah,kita menjauhkan diri daripada sahabat kita...

Ingatlah,jagalah hubungan kita semua dengan sahabat-sahabat kita...

"UKHUWAH FILLAH"

"SESEORANG DI ANTARA KALIAN (TIDAK DIKATAKAN) BERIMAN SEHINGGA DIA MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA DIA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI"(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

DIPETIK DARI KITAB "HADITS ARBAI'N AN-NAWAWIYAH"

LAUNGAN AZAN

sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini..
subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia
akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut
Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan
ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan
Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan
masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula
di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas
Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar
dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam
jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum
berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan
Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam
jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah,
Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke
pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan
Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi
setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power
habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-
putus.

Allahu Akhbar!



"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yang sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.


Amin, ya Rabbal A'lamin."

Studio Bintang Kecil (kain putih dah jadi kain hitam) apa kes?

Nabi saw bersabda, bermaksud: 'Anak kecil itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibubapanya yang membentuknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.'


Mengapa tidak disebut Islam dalam hadis di atas? Ada ulama yang menyatakan bahawa jika dibiarkan anak itu membesar dalam keadaan sendirinya, mereka akan mencari Allah dan petunjuk Islam kerana Islam itu adalah fitrah semulajadi manusia. Tetapi Nabi saw menyebut: "Ijtaalat hum usSyayatin' (Syaitan yang menyesat dan menyelewengkan mereka).

Siapakah Syaitan itu? Allah berfirman, bermaksud: " ..yang mewas-waskan dalam hati manusia, dari kalangan Jin dan manusia." Syaitan dari kalangan jin adalah jelas. Di kalangan manusia pula, mereka yang bersifat Syaitan adalah manusia yang menyesatkan manusia lain dari jalan Allah



Justru, tak pelik jika sekiranya ibubapa juga boleh menjadi syaitan terhadap anaknya. Syaitan yang bagaimana? Nabi memberitahu bahawa anak-anak adalah seperti kain putih. Ia bersedia menerima apa-apa warna yang dicelup kepadanya. Biru yang dicelup, birulah ia. Hijau yang dicelup, hijaulah ia. Hitam yang dicelup, hitamlah ia. Pendek kata warna yang dicelup kepada kain putih tadi amat penting untuk memastikan warna terbaik bagi kain tersebut.


Allah mengingatkan kita, bermaksud: 'Celupan Allah. Siapakah yang lebih baik celupannya dari celupan Allah. Dan kami menjadi hamba kepadaNya.' Celupan Allah tentu Islam. Celupan Allah bererti kita mesti mendidik anak-anak itu supaya kembali kepada fitrah semulajadinya iaitu Islam. Perkenalkan mereka dari kecil tentang Allah, ajarkan mereka Quran, biasakan mereka dengan solat, tutup aurat dan adab. Perkenalkan mereka tentang dosa pahala. Moga-moga mereka dicelup dengan celupan sebenar.


Malangnya, menjadi budaya yang bercanggah dengan Islam apabila anak-anak tadi dibesarkan menurut cara yang bukan diperintah oleh Allah. Quran diganti dengan menyanyi. Hafal lagu lebih penting dari hafaz ayat-ayat Quran. Diajar bermain piano menggantikan mengenal solat. Berfesyen mendedahkan aurat menggantikan adab menutup aurat. Pendek kata kita membesarkan anak-anak dengan cara yang boleh merugikan kita sendiri-dunia dan Akhirat.


Sesetengah ibubapa mahukan anaknya cepat menjadi glamour, cepat kaya melalui publisiti dan gaya hidup yang cukup mudah diraih tanpa banyak usaha. Cara tersebut antaranya dilatih menjadi selebriti, artis dan orang-orang popular cara instant. Tetapi pernahkah ibubapa ini terfikir kesan jangka masa panjang tentang keinginan yang salah itu?


Apalah yang boleh diberi syafaat oleh si anak yang menjadi artis popular, selebriti glamour atau bintang handalan di Akhirat kelak untuk ibubapanya? Dirinya sendiri belum tahu untung nasib, sementelah pula mahu menolong orang lain. Bahkan terkadang menjadi musuh pula walaupun terhadap ibubapa dan anak-anak sendiri. Tetapi anak yang hafaz Quran, insyaAllah bukan sahaja boleh membantu dirinya, bahkan ibubapa dan kaum keluarga. Demikian juga anak yang mati syahid, yang alim dan yang soleh.


Nabi saw berpesan bahawa di antara amalan yang boleh memberi manfaat kepada kita selepas mati ialah anak soleh yang mendoakan untuk ibubapanya. Kalau kita didik anak-anak dengan celupan Allah, insyaAllah kita tidak akan menyesal nanti. Pahala sentiasa datang kepada kita selepas mati melalui doa dan amalan anak-anak kita. Tetapi jika kita tersalah mendidik mereka, tentunya penyesalan kita tidak akan sudah. 'Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.'


Dan tentunya untuk mendidik anak-anak dengan celupan Allah ini datangnya dari kesedaran ibubapa, kefahaman yang jelas tentang Islam, kecaknaan tentang implikasi baik dan buruk hasil didikan mereka.

Jangan jadi seperti Anakku Sazali, yang menyesal dengan salah didikan.

Dunia moden memang cukup mencabar ibubapa. Tetapi cabaran itulah yang mesti ditempuhi-mahu atau tidak-supaya amanah dari Allah itu tidak dipersiakan.


Dunia ini pentasnya,

Padang Mahsyar itu tempat pengadilannya,

Allah itu hakimnya,

Syurga atau Neraka itu trofinya.

Rasulullah Wajib Jadi Idola Seluruh Ummah

Daripada Anas bin Malik katanya: "Rasullulah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu Baginda memberi salam kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW adalah manusia sempurna yang kaya dengan sifat terpuji. Justeru, Baginda adalah orang yang wajib dicintai dan diteladani melebihi manusia lain, Baginda idola yang sepatutnya dipuja oleh kita umat islam, dulu, kini dan selamanya sama ada remaja, kanak-kanak mahu pun dewasa.

Jika kita hidup pada zaman Baginda, nescaya Bagindalah orang yang terbaik yang sentiasa ingin kita tiru gaya hidupnya, penampilannya seperti remaja kita sekarang yang memuja dan meniru apa saja dipakai, dibuat, dilakukan atau apa yang berkaitan dengan diri orang diminatinya.

Semuanya baik belaka. Rasulullah contohnya pandai memikat hati sesiapa saja yang melihat atau berasa kehadirannya. Mana tidak, Baginda tidak pernah menyakiti hati sesiapa. Ketika bersalaman, Baginda tidak melepaskan tangan sehingga yang dijabat itu melepaskannya.

Rasulullah mengangkat tangan dan memberi salam apabila melepasi kumpulan kanak-kanak sebagai tanda hormat dan kasih pada mereka, tidak kurang juga Baginda menghormati orang tua, kawan mahupun lawan.

Inilah sifat sejati seorang yang pandai menjaga hati peminatnya. Baginda melakukan semua itu bukan untuk menjaga hati orang lain atau pun demi populariti dirinya sendiri sebagai seorang rasul, tetapi dilakukan semua itu kerana ingin menjaga maruah islam yang mulia. Baginda bukan menjadi fitnah kepada agama apalagi hingga membawa kesesatan kepada orang yang menyukainya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

UMAT CONTOH

ANAK DURHAKA TIDAK MASUK SYURGA

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat daripada kaum Ansar bertanya Nabi Muhammad saw, katanya "Ya, Rasulullah! Adakah masih ada tanggungjawab yang wajib saya lakukan selepas ibubapa saya meninggal dunia? Jawab Baginda: "Ada, iaiu berdoa, beristighfar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambung silaturahim yang tidak sempat dijalinkan kedua-duanya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Hadis ini menerangkan bahawa kewajipan anak terhadap ibu bapa tidak hanya ketika masih hidup. Islam juga memerintahkan bahawa kewajipan itu tetap berterusan walaupun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.

Kewajipan utama seseorang anak selepas ibu bapa meninggal dunia, iaitu berdoa dan memohon ke hadrat ilahi supaya diberikan keampunan kepada ibu bapa dan menempatkan mereka berdua dalam kalangan orang soleh.

Bacaan doa yang dianjurkan dalam al-Quran adalah firman Allahyang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra',ayat 24).

Antara kewajipan lain adalah menyambung kembali jalinan ukhuwah kepada mana-mana orang yang tidak sempat dilakukan ibubapa sebelum mereka meninggal dunia.

Justeru, melaksanakan kewajipan kepada ibu bapa adalah ketaatan paling dituntut dalam Islam selepas ketaatan kepada Allah. Alangkah bahagia, seorang anak yang sempat berbuat baik dan taat kepada ibu bapa ketika hayat mereka, malah ia sentiasa diteruskan walaupun kedua-duanya sudah meninggal dunia. Tetapi, alangkah rugi seorang anak yang tidak menabur budi dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Alangkah ruginya, alangkah ruginya, alangkah ruginya!"
Baginda ditanya: Siapakah dia yang rugi itu wahai Rasulullah?
Jawab Baginda : Mana-mana anak yang sempat dengan hayat kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada kedua-duanya, (tetapi tidak berbuat baik dan menderhaka kepada kedua-dua) lalu anak itu tidak dapat masuk syurga." (Hadis riwayat Muslim dan at-Tirmizi).

Sesungguhnya, menderhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar yang dilarang Islam seperti difahami melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: "Mahukah aku beritahu kepada kamu sekalian perbuatan dosa yang paling besar?" Mereke menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Sabda Baginda: "Perbuatan syirik kepada Allah, perbuatan menderhaka kepada ibu bapa". Baginda sedang bersandar, kemudian duduk tegap sambil berkata: "Jauhilah bersaksi palsu" dan Baginda mengulanginya beberapa kali. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Didalam surah Al-Imran ayat 110 Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud "Kamu adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia menyuruh kepada yang makruf dan meninggalkan daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah"

Jelaslah didalam ayat tersebut Allah menjelaskan bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik yang seimbang amalannya yang saling ingat mengingati sesama umat manusia dan menjadikan kehidupan dan kebahagiaan diakhirat sebagai matlamat utama.

Justeru itu kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri adakah kita ini tergolong didalam golongan manusia yang Allah sebutkan dalam ayat tersebut. Apakah peranan kita dan apakah yang telah kita usaha dan lakukan untuk menjadi umat Islam yang terbaik. Kita sebagai umat Islam sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada semua umat manusia dari aspek kehidupan dari segi pemerintahan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya kerana perkara tersebut adalah terkandung didalam ajaran Islam tetapi mengapa pula kita tidak dapat mengamalkannya sedangkan orang yang bukan Islam pula dapat mengambil ilmu-ilmu ini untuk mereka amalkan bagi kepentingan mereka.

"Agama Islam merupakan agama yang terbaik tetapi umat Islam bukanlah umat terbaik" Itulah pandangan seorang yang bukan Islam terhadap masyarakat Islam. Kalau kita baca sejarah dizaman kegemilangan Islam bagaimana satu masa dahulu umat Islam merupakan umat disegani menjadi umat yang dicontohi dan digeruni oleh semua umat manusia dari semua aspek kehidupan ini kerana umat Islam pada waktu itu mampu serta benar-benar berilmu dan menghayati ajaran Islam dengan sebenarnya.

Namun apa yang telah terjadi sekarang ini umat Islam pula menjadi umat yang ketinggalan dan tidak dihormati jika suatu masa dahulu kita sentiasa menjadi ikutan dan contoh tauladan kini kita terpaksa mengikut dan tunduk mengikut telunjuk orang lain yang mahu memecah belahkan umat Islam agar umat Islam rapuh dan mudah ditindas. Mengapa ini terjadi cuba kita tanya diri kita sendiri dan kemungkinan jawapannya sama saja namun apakah tindakan dan peranan kita.

Kesimpulannya bagi mengembalikan martabat kita umat Islam sebagai "khairul ummah" yang telah dicemarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab marilah kita bersama-sama berazam bertekad dan berusaha meningkatkan ilmu, iman dan ketakwaan kita agar kita dapat kembali sebagai umat terbaik umat contoh bagi sekalian umat manusia bagi kepentingan kita sekarang dan untuk generasi kita yang akan datang. Wslm...


PESAN JAIM.......
"BERSAMA MENEGAKKAN SYIAR ISLAM DENGAN MENGHAYATI AJARANNYA UNTUK MELAHIRKAN UMMAH BERTAKWA DAN BERAKHLAK MULIA"

Diterbitkan Oleh : Jabatan Agama Islam Melaka

PERMULAAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sedang membaca blog saya ni. Saya berharap agar kamu semua dapat mmberi comment sepatah dua kata di blog saya nie. Saya mulakan blog saya ini dengan bismillah..