Aku Hanyalah Seorang Hamba

Assalamu'alaikum wrh.

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur

Rasulullah Makhluk Teragung

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:

* Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

* Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

* Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

* Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

* Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

* Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

* Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

* Wajahnya seperti bulan purnama

* Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

* Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

* Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

* Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

* Mulut baginda sederhana luas dan cantik

* Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

* Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

* Janggutnya penuh dan tebal menawan

* Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

* Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

* Rambutnya sedikit ikal

* Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

* Rambutnya terbelah di tengah

* Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

* Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

* Seimbang antara kedua bahunya

* Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

* Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.

* Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

* Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

* Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

* Warna kulitnya putih tapi sehat

* Kulitnya putih lagi bercahaya

* Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

* Badannya tidak gemuk

* Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

* Perutnya tidak buncit

* Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

* Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.



MORAL & IKTIBAR

* Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
* Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
* Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
* Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
* Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya

Asal Usul Sembahyang

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

· Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

· Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

· Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.

· Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

· Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

· Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

· Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.

· Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

· Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

· Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

· Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

· Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

· Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

· Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

· Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

· Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.

· Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak

KIsah Pemuda Islam Mempertahankan Agama

Saya ingin berkongsi cerita in dengan
anda semua mengenai sikap
segelintir orang Melayu kita atau lebih
tepat lagi orang Islam di
Malaysia ....

Kejadian benar ini berlaku di Carrefour
Wangsa Maju beberapa hari lepas.
Seorang pemuda Islam yang berkerja
sebagai cashier di pasaraya
tersebut telah menumbuk seorang lelaki
cina. Ini berlaku kerana ketika
pemuda cina tersebut sedang membayar
harga barangan, pemuda Melayu ini telah
menegur pemuda Cina ini mengenai gambar
baju yang sedang di pakai oleh pemuda
cina tersebut.

Gambar itu ialah seekor babi yang
sedang memakai serban di samping seekor
anjing yang memakai tudung lambang
agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya
gambar apakah yang sedang di pakai oleh
pemuda cina tersebut.

Dengan rasa bangga dan tidak bersalah,
pemuda Cina itu terus menjawab
sambil menunjuk ke arah gambar bajuny a
dengan mengatakan babi yang
memakai serban itu ialah Muhammad dan
anjing yang memakai tudung itu
lelaki tersebut, pemuda Melayu ini
dengan tidak disangka2, menumbuk muka
si Cina tersebut.

Huru hara lah suasana di carrefour itu.
Kemudian pemuda Cina itu
memaki hamun lalu datanglah Manager
Carrefour yang juga beragama Islam lalu
memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di
lakukan oleh Manager Carrefour tadi
adalah satu etika yang patut di
contohi kerana, menumbuk org sesuka
hati memanglah salah.

Tapi malangnya, Manager tersebut bukan
hanya memecat pemuda Melayu tadi yang
sedang mempertahankan akidah agama
Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda
Melayu itu dengan kata2 kesat.

Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan
hampa. Bukan kerana di pecat,
tetapi turut di maki hamun oleh saudara
seislam yang di sangkanya akan
turut manjaga maruah orang Islam
selepas di hina oleh laki Cina tadi.

Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang
menunggu untuk di saman oleh Cina
tersebut. Beliau bukan takut malah
tidak sabar2 untuk menunggu disaman
oleh Cina tersebut kerana beliau ada
alasan yang kukuh kerana bertindak
demikian.

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi
memang patut di contohi kerana
ingin menegakkan agama Islam.

Pada anda, berhati2 la..kerana saya
percaya, tshirt yang di pakai oleh
Cina tadi adalah salah satu strategi
orang2 kafir untuk menjatuhkan
maruah Islam.

Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!

JGN SMBUT !!NAUZUBILLAH..

Bila sampai 31 Disember, berapa
ramaikah
umat Islam yang meraikan tahun
baru????
Tetapi sedarkah mereka bahawa
telah difatwakan oleh Sheikh- Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-
Qardhawi
dan Ulama2 kontemporari bahawa
menyambut 31Dis. bererti MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI JADI TUHAN YAHUDI DAN NASARA!!!!

Bagi mereka yang tidak tahu,
hukumnya fasik, tetapi bagi mereka
yang tahu (kita sekarang sudah tahu)
hukumnya ialah MURTAD . Nauzubillah.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari
Allah S.W.T dan yang kurang
serta salah dan silap adalah dari
kelemahan saya sendiri.

Wallahualam. Dapatlah kiranya
dipanjangkan, Insyallah kita semua akan
diberikan hidayah'

berpesan pesanlah kamu walaupun dengan
sepotong ayat...

renung2kanlah dan slamat beramal..