Kapal Terbang USA

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Tidakkah anda semua terkejut ttg gmbar2 di atas...
Bnyak betul jet2 pjuang USA..
dgn kmdhan sbgitu, snang2 la USA nak serang negara ape2 pun termasuk negara kite..
Malaysia nak beli kapal terbang pun, kene belanja berbilion ringgit..
Nak beli 100 biji jerk, hbis duit negara.. huhuhu
mcm x fair kan US boleh ada byk gile kemudahan jet,helikopter dan lain2..
Negara kte kecik jerk bbandg USA.. mreka hntar 100 jerk rsenyer leh hncur slurh Malaysia..
Dptkah kmu smua bygkn?? ish3..

Adkah iman kte ckup untuk pergi ke syurga??
kte nie skrang di akhir zman.. bile2 mse jerk bleh kiamat..
jadi.. tngkatkanlah amlan kte smua.. ingt lah pada tuhan..
Bnykknlah mmbaca alquran..
"Ya ALLAH msukkanlah semua umat didunia ini kedlm syurgamu yg indah. Sedarkanlah mereka bhwa agma Islam adlh agma yg betul." Aminnnn....

Warkah "Hari Jadi" untuk Rasulullah

sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak ku luahkan perasaanku ini
kerana itulah aku memilih untuk menulis surat kepadamu
walaupun aku tahu ia tak kan smpai kepadamu
tapi cukuplah untuk mengubat krnduan hatiku ini

suatu ketika dahulu
aku bukanlah seperti aku yang sekarang jarang sekali menghargai maulidur rasul
apatah lagi mengingatimu dengan penuh rasa kerinduan
namun...
aku yang sekarang cukup berbeza .
aku banayk menangis kerana-mu ya rasulullah
ya Allah...aku cukup merinduinya ...

sebak sungguh hati ini bila mendengar sirah hidup
kisah para sahabatmu
terasa seperti engkau ada bersamaku ketika itu
sama-sama mendengar kisah-kisah tersebut diceritakan
namun apabila aku menoleh
jasadmu tiada disisiku

bertambah sebak hatiku
bertambah rasa rinduku padamu
bertambah kasih-ku padamu wahai kekasih Allah

ya Allah....
jarang sekali air mata ini mengalir suatu ketika dahulu dek perkara2 seperti ini....
jarang sekali hati ini berasa sebak kerana perkara-perkara seperti ini
jarang skali nafsuku tewas oleh perkara-perkara seperti ini ..
jarang sekali akalku berfikir akan perkara-perkara seperti ini..
andai engkau berada dihadapanku ketika ini...
akanku peluk dan dakap dirimu...
serta menangis dalam dakapanmu....

inginku menatap wajah dan senyumanmu...
dan berjalan-jalan bersamamu..
alangkah indahnya saat itu ....
tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata
bagaimana perasaanku ketika itu

namun aku sedar ...
aku berada di akhir zaman...
telah lama engkau tiada dan telah lama meninggalkan daku
namun
engkau ingatan dan kerinduanku kepadamu tidak akan pudar...
aku brdoa agar aku sentiasa..
memanfaatkan 2 hadiah terbesar mu yg engkau tinggalkan kepadaku..
semoga Al-Quran dan Sunnah menjadi penyuluh hidupku
bagi menempuhi dunia yg penuh dengan kegelapan ini..
supaya aku dapat bertemu dirimu diakhirat kelak
dalam keadaan aku tersenyum
dan engkau mmbalas senyuman itu
oh indahnya

bantulah aku...
golongkanlah aku dalam golongan yang akan menerima syafaat darimu
kerana aku tahu...amalanku tidak mampu utk menjamin ku diakhirat kelak
krn terlalu sedikit...

alangkah beruntungnya aku
jika dapat mengecapi nikmat ini lebih awal
dari dulu lagi...tapi...
aku amat bersyukur kepada Allah rabbulalamin krn mmilih ku utk tersedar dari lamunan dunia dan tidak dihanyutkan terus sehingga tenggelam
akan ku manfaat kan sepenuhnya nikmat "kesedaran" ini
dan brusaha menjadi mukmin yg sempurna dan berjaya di dunia dan akhirat
terima kasih ya Allah

akhir kata....
semoga aku mati dalam iman yang sempurna
dan berjaya mengucap dua kalimah shahadah dengan terang dan jelas
serta ditempatkan bersama para sahabat di akhirat dan di syurga nnti
....amiiiinnn.....

salam rindu dan sayang dariku

www.iLuvislam.com
oleh:santapanrohani

Saidina Bilal r.a dan cinta Rasul s.a.w.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.

Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.

Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”

Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.

Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.

Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.

Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah s.a.w, yang sukar untuk kita temui sekarang.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

LEMBU DGN ANJING...

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa? ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU" Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram." Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat. Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi) sentuh... Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu untuk don'ts dalam couple. Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis pandu untuk orang Islam, bukan hanya bila couple? Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita. Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi. "Heleh, beda'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?" Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat? :) Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya iya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya. Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dia uji kita, ingatkah kita pada Dia? Back to the root. Back to Him. Ingat pesan mak abah dan ajaran cikgu-cikgu kita. Jangan jadi hamba nafsu, tapi biarlah nafsu itu jadi hamba kita