We will not go down (Song for Gaza)



Lyrics:

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

Tangisan Gaza - Khutbah Jumaat , 09 Januari 09

kerajaan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

" TANGISAN GAZA "

(09 Januari 2009 / 12 Muharram 1430H)]



Photobucket


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: "TANGISAN GAZA ".


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini wilayah Palestin semakin sempit hanya tinggal 'sekangkang kera' iaitu semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di bumi Palestin. Hari ini genap hari ke-14, di mana beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera.

Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 dan hingga kini, mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Qur'an. Menurut Doktor Ali Shariati, pakar sosiologi dan penggerak revolusi Iran menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi.

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya 'Israel fi al-Qur'an wa as-Sunnah', bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.

Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:

Photobucket

Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh."


Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Kita amat kesal atas sikap tidak bertanggungjawab Amerika Syarikat yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh kumpulan ini. Kita juga kecewa atas sikap negara-negara kuasa besar lain yang berdiam diri apabila melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam, dan begitu pro-aktif apabila isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.

Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:

Photobucket

Maksudnya: " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."


Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama kita. Baitul Maqdis juga adalah tempat Rasulullah SAW Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini dan ia juga tempat yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa.

Justeru itu, mimbar ini menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan saudara kita di Palestin dengan sama-sama mengambil tindakan berikut:


Pertama:menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan yang akan menyalurkannya melalui Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra;

Kedua: bersama-sama memboikot dan memulau perkhidmatan seperti perbankan, insuran dan dan barangan seperti produk makanan, syarikat minyak atau yang mempunyai kepentingan dengan Amerika dan Israel;

Ketiga: negara-negara OIC dan lain-lain negara serta umat Islam patut menghentikan dan mengelak dari terus menggunakan mata wang dolar dalam sebarang urusan perdagangan;

Keempat: menginsafi akan bahaya perpecahan kepada ummah dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah di kalangan negara Islam seluruh dunia; dan

Kelima: tanpa jemu, kita hendaklah memastikan bahawa penjenayah perang Gaza di bawa kemuka pengadilan dan terus memburu mereka walau di mana juga.


Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Mungkin sekali imbas amat sukar untuk mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat kecuali dengan kuasa Allah. Oleh itu, mimbar ini juga menyeru masjid-masjid seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan kepada pejuang Palestin dan Hamas khususnya, kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel. Seluruh umat Islam juga diseru agar sama-sama mendo'akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

Photobucket

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."


Photobucket