Kelebihan Hari Mengikut Islam


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Sekadar berkongsi pengetahuan yang ada, inipun dapat hasil dari “googling around the net”. Perlu di ketahui setiap kejadian yang Allah S.W.T ciptakan mempunyai kelebihan dan maksud yang tertentu, bukannya sia-sia. Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri…menjadi memori sepanjang zaman
Peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut hari ini adalah…


Hari Isnin.
1. Naiknya nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”


Hari Selasa
1. Wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa…
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa..


Hari Rabu
1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (di laut merah)..
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..


Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah…


Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba’
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab..
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Allah menjadikan laiutan yang tujuh…

Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat. Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya, bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.

InsyaAllah moga sama-sama dapat ambil iktibar yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua, dan yang buruk itu dari hambaNya yang daif ini…


2 - 1 = 0


Dari segi ilmu metamatik, jawapan pengiraan di atas memang salah.
Budak tadika pun tahu apa jawapan betul yang sepatutnya.
Hakikatnya, itulah pengiraan dalam Islam.
Pengakhiran hidup kita hanyalah dua, samada baik atau sebaliknya.
Pekerjaan dan perlakuan kita hanya mempunyai dua balasan, pahala atau dosa.  Tiada setengah atau suku darinya.
Formulanya senang. Segala kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan, sejajar dengan syariat Islam, maka ganjaran pahalalah untuk pelakunya.Perintah dan suruhanNya yang kita lakukan dengan baik dan menepati garis panduan, juga pahala sebagai balasan.
Dan sebaliknya.
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.(4:40)
Barang siapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(4:111)
Aplikasi Secara logiknya, adakah seseorang yang bertudung, tapi menampakkan susuk tubuh yang tidak sepatutnya dikira menutup aurat? Semestinya tidak. Apakah pelakunya akan mendapat ganjaran pahala atau sebaliknya? Dari pemahaman formula di atas, kosong jawapannya.
Begitu juga dalam pemahaman tentang solat. Melakukan solat tanpa mematuhi rukun solat, adakah sah solat kita? Semua setuju jika jawapannya tidak. Harus lengkapi syarat-syarat yang sepatutnya.
Pening melihatkan stail tudung yang muncul dengan pelbagai fesyen dan corak.
Stailnya dipadankan dengan contoh artis yang bertudung, kononnya menjadi ikon untuk muslimah bertudung.
Gejala bertudung memang berkembang pesat di Malaysia dan ia memang dapat dibanggakan. Tapi, cuba pandang dua kali, adakah tudung yang dipakai menepati syara' Islam?
Allah memberikan garis panduan seperti yang termaktub dalam surah al-nur, ayat 31
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Perintah Allah menyatakan pemakaian tudung perlulah menutupi dada. Namun, banyak salah faham yang berlaku. Rata-rata yang bertudung tidak menepati hukum aurat. Bentuk dada masih didedahkan padahal rambut dan leher elok bertutup. Apa yang kita dapat?
Saya menyeru kepada muslimah yang membaca artikel ini agar bertudung mengikut panduan dan syariat Islam. Bertudung bukan semata-mata menutup rambut kita, tapi perlulah menutupi dada juga.
Saya rasa, alang-alang menampakkan dada, kenapa tidak yang lain juga padahal juga dosa yang dapat. Sama saja dosa orang yang bertudung tetapi tidak mematuhi syarat dengan yang mendedahkan rambut kerana pahala itu tiada separuh-separuhnya.
Dalam menutup aurat, Islam menetapkan pakaian seseorang muslimah perlulah meliputi seluruh tubuh wanita longgar, tidak nipis, bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya dan tidak menyamai pakaian lelaki.
Praktikal 2-1=0 juga untuk syariat-syariat Islam yang lain.
Konsepnya mudah. Lakukan perintah Allah dengan mematuhi syarat-syaratnya, pahala akan kita dapat. Satu syaratnya kita abaikan, dosa yang diperolehi oleh kita. Kadangkala, konsep ini kita terlepas pandang.
Wallahua'lam