UMAT CONTOH

ANAK DURHAKA TIDAK MASUK SYURGA

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat daripada kaum Ansar bertanya Nabi Muhammad saw, katanya "Ya, Rasulullah! Adakah masih ada tanggungjawab yang wajib saya lakukan selepas ibubapa saya meninggal dunia? Jawab Baginda: "Ada, iaiu berdoa, beristighfar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambung silaturahim yang tidak sempat dijalinkan kedua-duanya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Hadis ini menerangkan bahawa kewajipan anak terhadap ibu bapa tidak hanya ketika masih hidup. Islam juga memerintahkan bahawa kewajipan itu tetap berterusan walaupun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.

Kewajipan utama seseorang anak selepas ibu bapa meninggal dunia, iaitu berdoa dan memohon ke hadrat ilahi supaya diberikan keampunan kepada ibu bapa dan menempatkan mereka berdua dalam kalangan orang soleh.

Bacaan doa yang dianjurkan dalam al-Quran adalah firman Allahyang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra',ayat 24).

Antara kewajipan lain adalah menyambung kembali jalinan ukhuwah kepada mana-mana orang yang tidak sempat dilakukan ibubapa sebelum mereka meninggal dunia.

Justeru, melaksanakan kewajipan kepada ibu bapa adalah ketaatan paling dituntut dalam Islam selepas ketaatan kepada Allah. Alangkah bahagia, seorang anak yang sempat berbuat baik dan taat kepada ibu bapa ketika hayat mereka, malah ia sentiasa diteruskan walaupun kedua-duanya sudah meninggal dunia. Tetapi, alangkah rugi seorang anak yang tidak menabur budi dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Alangkah ruginya, alangkah ruginya, alangkah ruginya!"
Baginda ditanya: Siapakah dia yang rugi itu wahai Rasulullah?
Jawab Baginda : Mana-mana anak yang sempat dengan hayat kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada kedua-duanya, (tetapi tidak berbuat baik dan menderhaka kepada kedua-dua) lalu anak itu tidak dapat masuk syurga." (Hadis riwayat Muslim dan at-Tirmizi).

Sesungguhnya, menderhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar yang dilarang Islam seperti difahami melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: "Mahukah aku beritahu kepada kamu sekalian perbuatan dosa yang paling besar?" Mereke menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Sabda Baginda: "Perbuatan syirik kepada Allah, perbuatan menderhaka kepada ibu bapa". Baginda sedang bersandar, kemudian duduk tegap sambil berkata: "Jauhilah bersaksi palsu" dan Baginda mengulanginya beberapa kali. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Didalam surah Al-Imran ayat 110 Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud "Kamu adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia menyuruh kepada yang makruf dan meninggalkan daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah"

Jelaslah didalam ayat tersebut Allah menjelaskan bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik yang seimbang amalannya yang saling ingat mengingati sesama umat manusia dan menjadikan kehidupan dan kebahagiaan diakhirat sebagai matlamat utama.

Justeru itu kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri adakah kita ini tergolong didalam golongan manusia yang Allah sebutkan dalam ayat tersebut. Apakah peranan kita dan apakah yang telah kita usaha dan lakukan untuk menjadi umat Islam yang terbaik. Kita sebagai umat Islam sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada semua umat manusia dari aspek kehidupan dari segi pemerintahan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya kerana perkara tersebut adalah terkandung didalam ajaran Islam tetapi mengapa pula kita tidak dapat mengamalkannya sedangkan orang yang bukan Islam pula dapat mengambil ilmu-ilmu ini untuk mereka amalkan bagi kepentingan mereka.

"Agama Islam merupakan agama yang terbaik tetapi umat Islam bukanlah umat terbaik" Itulah pandangan seorang yang bukan Islam terhadap masyarakat Islam. Kalau kita baca sejarah dizaman kegemilangan Islam bagaimana satu masa dahulu umat Islam merupakan umat disegani menjadi umat yang dicontohi dan digeruni oleh semua umat manusia dari semua aspek kehidupan ini kerana umat Islam pada waktu itu mampu serta benar-benar berilmu dan menghayati ajaran Islam dengan sebenarnya.

Namun apa yang telah terjadi sekarang ini umat Islam pula menjadi umat yang ketinggalan dan tidak dihormati jika suatu masa dahulu kita sentiasa menjadi ikutan dan contoh tauladan kini kita terpaksa mengikut dan tunduk mengikut telunjuk orang lain yang mahu memecah belahkan umat Islam agar umat Islam rapuh dan mudah ditindas. Mengapa ini terjadi cuba kita tanya diri kita sendiri dan kemungkinan jawapannya sama saja namun apakah tindakan dan peranan kita.

Kesimpulannya bagi mengembalikan martabat kita umat Islam sebagai "khairul ummah" yang telah dicemarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab marilah kita bersama-sama berazam bertekad dan berusaha meningkatkan ilmu, iman dan ketakwaan kita agar kita dapat kembali sebagai umat terbaik umat contoh bagi sekalian umat manusia bagi kepentingan kita sekarang dan untuk generasi kita yang akan datang. Wslm...


PESAN JAIM.......
"BERSAMA MENEGAKKAN SYIAR ISLAM DENGAN MENGHAYATI AJARANNYA UNTUK MELAHIRKAN UMMAH BERTAKWA DAN BERAKHLAK MULIA"

Diterbitkan Oleh : Jabatan Agama Islam Melaka

PERMULAAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sedang membaca blog saya ni. Saya berharap agar kamu semua dapat mmberi comment sepatah dua kata di blog saya nie. Saya mulakan blog saya ini dengan bismillah..